Monday, June 27, 2022

Seludup arak dengan van mayat di Sarikei, helah sindiket terbongkar

Secara Rawak

SARIKEI: Tindakan satu sindiket menyeludup dan membawa arak tanpa ikrar menggunakan van mayat terbongkar semalam apabila sepasukan polis menyerbu dan menahan van tersebut, semalam.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Sarawak, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman, serbuan dilakukan Pasukan Polis Marin Sarikei dan Sibu hasil maklumat awam dan risikan sekitar jam 1 petang.

“Pemeriksaan lanjut di Jalan Central itu menemui sejumlah minuman keras dipercayai tanpa kelulusan Kastam yang disembunyikan di dalam kenderaan, dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

Rampasan dan tangkapan kata Salehuddin, dilakukan di bawah Akta Kastam dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM145,725,00.

Laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Pusat Sarikei dan kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan seterusnya, tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru