SIBU: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu, Abdul Raafidin Majidi memulakan tahun baharunya dengan berkhidmat untuk rakyat.

Ini sejajar dengan prinsipnya untuk bekerja untuk rakyat sejak beliau memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Sibu pada November lalu.

Raafidin yang menyumbangkan asbestos dan kayu kepada Encik Rajaee Bin Giwek untuk membaik pulih rumahnya .

Ujarnya Raafidin, “walaupun sumbangan ini tidak seberapa, tetapi diharapkan mampu mengurangkan beban yang ditanggung oleh Encik Rajaee dalam usahanya untuk membaik pulih rumahnya.”

Raafidin yang turut berkongsi aktiviti ini di catatan Facebook nya, “Alhamdulillah, kita mulakan tahun 2019 dengan menyampaikan sumbangan berbentuk asbestos & kayu utk Encik Rajaee Bin Giwek di Kampung Jeriah Sibu bagi membaikpulih rumah beliau. Semoga tahun 2019 akan mendatangkan lebih banyak rezeki kepada kita semua.. Aminnnn.. #bekerjauntukrakyat .” –Sarawakvoice