KUCHING: Berdasarkan sumber dari Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) Jabatan Ketua Menteri Sarawak berikut ialah pertukaran waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak bagi kawasan Kuching, Sibu dan Miri.

Menurut jadual yang dikeluarkan, waktu operasi Isnin hingga Ahad bagi UTC di Sarawak termasuk Semenanjung dan Sabah ialah 8 pagi sehingga 7 petang.

Sementara, waktu rehat tengah hari dan untuk solat Jumaat masih sama iaitu 11.45 pagi hingga 2.15 petang.

Sebelum ini UTC di Sarawak beroperasi 8.30 pagi hingga 9 malam. –Sarawakvoice