Monday, June 27, 2022

Lelaki cedera, ditimpa rumbia tebangannya sendiri di Kampung Sesok, Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Entah apa yang menyebabkan dia hilang fokus, seorang lelaki cedera selepas gagal melarikan diri, apabila pohon rumbia yang ditebangnya tumbang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, insiden berlaku di Sungai Basong di sini pada pagi semalam ketika mangsa, Marni Jaini, 58 tahun dan isteri melakukan kerja-kerja penerbangan batang rumbia terbabit.

“Pihak kita telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.44 pagi dan sebuah jentera serta ambulan EMRS segera dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah.

“Mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh orang kampung sebelum ketibaan anggota bomba.

“Anggota yang tiba di lokasi kemudian bertindak membawa mangsa keluar dari hutan dengan menggunakan pengusung memandangkan mangsa tidak dapat berjalan akibat kecederaan yang dialami.

Kata Ling Hii, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah dengan menggunakan jentera EMRS dan seterusnya diserahkan kepada pihak Hospital Mukah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru