Tuesday, June 28, 2022

Keutamaan Kerajaan GPS sediakan kemudahan asas kepada rakyat, kata Naroden

Secara Rawak

KUCHING: Biarpun Sarawak kini adalah sebagai negeri pembangkang di peringkat nasional namun keutamaan Kerajaan Sarawak tetap memberi memberi keutamaan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana E-Dagang, Datuk Haji Naroden Majais berkata, walaupun telah keluar dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum ke-14 dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Kerajaan Sarawak tetap akan fokus kepada pembangunan kemudahan asas rakyat.

“Semua orang sudah maklum yang banyak peruntukan Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini diterima oleh rakyat seperti elaun Ketua Kaum, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan Nelayan dan pertanian, rumah dan lain-lain lagi telah di tarik balik dan bahkan beberapa projek untuk rakyat juga telah di tangguh oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh itu, GPS tiada pilihan yang lain selain dari berdikari dari segi menjanakan kewangan sendiri untuk menyediakan sebahagian, baik dari peruntukan bantuan yang telah dihentikan atau untuk projek pembangunan yang telah ditangguh tersebut.”

Naroden, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Menyambut Tahun Baru 2019 Peringkat Ulu Gedong di Sibau Rumbau, Gedong semalam.

Menyedari perkara ini dan supaya momentum pembangunan Sarawak tidak terhenti, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg telah mengumum Bajet Sarawak 2019 yang berjumlah RM11B, yang terbesar setakat ini dalam sejarah Sarawak.

Tambahnya lagi, GPS juga mengambil iktibar untuk memperkasakan perpaduan rakyat Sarawak agar kita bersama-sama memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi mempertahankan dan berusaha mempertahan hak-hak Sarawak yang telah terhakis sebelum ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru