Sunday, September 25, 2022

Impian kita memastikan rakyat Sarawak tidak ketinggalan, kata Masing

Secara Rawak

KUCHING: Perjuangan kita adalah sama — untuk Sarawak yang lebih baik dan untuk menukarkan impian rakyat Sarawak menjadi realiti.

Itulah inti pati perutusan tahun baharu Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Katanya, impian kita adalah memastikan rakyat lebih terbela tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan.

Ujarnya, pertumbuhan dan kekayaan tanpa mengira kawasan adalah menjadi keitamaan.

“Impian Sarawak adalah memastikan tidak ada seorang pun rakyat Sarawak ketinggalan,” katanya.

Masing berharap rakyat Sarawak akan bekerjasama ke arah mencapai impian berkenaan.

Untuk itu, jelasnya, perpaduan bukan lagi pilihan tetapi satu kemestian.

“Pengiktirafan merit bukan lagi pilihan tetapi bahasa sejagat untuk maju,” kata Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru