Monday, June 27, 2022

Sarawak diiktiraf sebagai Bandar Kraf Dunia

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai Bandar Kraf  Dunia (WCC).

Mendedahkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak mendapat pengiktirafan daripada Majlis Kraf Dunia.

Tambahnya pengiktirafan itu dibuat berdasarkan kualiti dan keunikan serta kelainan kraftangan yang terdapat di Sarawak.

“Sarawak disenaraipendek sebagai calon bersama bersama negara lain dan akhir kita dipilih.

“Ia menjadi satu penghormatan dan kebanggaan kepada kita setelah dipilih untuk diiktiraf sebagai Bandar Kraf Dunia, “katanya di pejabatnya hari ini.

Setakat ini, jelasnya Sarawak sedang menunggu surat rasmi dan sijil pengiktirafan daripada WCC.

Sarawak sememangnya kaya dengan hasil kraf tangan yang pelbagai.

Malah setiap kraftangan itu mempunyai nilai dan identiti tersendiri berdasarkan kesinambungan budaya di negeri tersebut.

Dengan kejayaan itu, membuktikan keunikan Sarawak turut dikenali oleh masyarakat dunia.

Ia ternyata menjadi suntikan positif kepada  Bumi Kenyalang untuk lebih diketahui di mata dunia. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru