Tuesday, June 28, 2022

Pelancongan sukan, perubatan penyumbang tertinggi kemasukan pelancong ke Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pelancongan sukan dan perubatan antara penyumbang tertinggi kemasukan pelancong ke Sarawak.

Itu pendedahan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Rahman Hamzah.

Mengulas lanjut, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa secara tidak langsung menarik kemasukan pelancong ke Sarawak.

Pada tahun depan katanya, Sarawak akan menganjurkan beberapa kejohanan besar peringkat dunia.

Antaranya, World Para Swimming 2019, World Athletic Master 2019 dan China Badminton Master 2019 yang akan melibatkan lebih 80 negara di seluruh dunia.

“Ia bukan sahaja melibatkan para atlet, tetapi secara tidak langsung, ahli keluarga juga hadir,”katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, Sarawak tidak boleh mengetepikan penganjuran sukan sebagai usahanya untuk membawa masuk pelancong asing khususnya.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata selain sukan, perubatan juga antara penyumbang kepada sektor pelancongan Sarawak.

“Sebelum ini, pelancong datang atas tujuan perubatan kurang, tetapi sekarang ia telah meningkat.

“Kebanyakannya daripada Indonesia, sebelum mereka gemar ke Singapura (perubatan), namun sekarang mereka ke Sarawak,” katanya.

Beliau mendedahkan, Sarawak menerima kehadiran lebih 48,000 pelancong untuk tujuan itu.

Abdul Karim berkata setakat ini secara keseluruhan jumlah kehadiran pelancong ke Sarawak adalah 4.3 juta orang.

“Jumlah itu dicatatkan berdasarkan rekod kemasukan pelancong asing di Jabatan Imigresen,” katanya.

Sarawak mensasarkan lima juta pelancong asing datang ke negeri ini tahun depan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru