Tuesday, May 11, 2021

Mampukah PDP pertahankan kerusinya dalam PRN-12?

Mesti baca

KUCHING: Masih adakah harapan untuk Parti Demokratik Progresif (PDP) dalam pilihan raya negeri pada 2021?

Pertanyaan ini relevan di sebalik ketegasan PDP untuk mendapatkan balik beberapa kerusi untuk ditandinginya pada pilihan raya negeri akan datang.

Atau adakah perebutan kerusi berkenaan dengan PBB merupakan langkah awal menuju kekalahan?

Ketika ini Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing telah mengenal pasti calon bagi tiga kerusinya, namun dipercayai laluan untuk parti itu pada PRN ke-12 tidaklah semudah yang dijangka.

Selepas Majlis Media di sini kelmarin, Tiong mengumumkan nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Danau, Bekenu dan Pakan.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini diwakili PBB apabila calon terbabit menyertai parti berkenaan selepas mereka bertanding atas tiket calon langsung Barisan Nasional (BN) pada PRN-11.

Selain tiga kerusi berkenaan, pada PRN lalu, PDP turut bertanding di Tasik Biru, Meluan dan Marudi, dan kerusi berkenaan berjaya dimenanginya.

Kerusi Krian dan Ba Kelalan yang turut ditandinginya masing-masing tewas kepada Ali Biju dan Baru Bian.

Baru yang diuar-uarkan untuk dilantik sebagai Ketua Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam PRN-12 dijangka tidak akan berundur dari kubu kuatnya walaupun terdapat ura-ura beliau akan berbuat demikian.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau dan Menteri Kerja Raya dikatakan calon terbaik untuk mempertahankan kerusi itu.

Beliau dijangka ditentang oleh setiausaha agung PDP Nelson Balang Rining. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru