Tuesday, August 16, 2022

Azmin seharusnya tahu kuasa mutlak Presiden PKR – Pengerusi MPN Perlis

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Seharusnya sebagai orang lama dalam parti, Azmin harus sedar bahawa membuat kritikan melalui media bercanggah,” kata Pengerusi MPN Perlis Amran Kamarudin memetik laporan Malaysia Dateline pada Isnin.

Amran berkata, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sepatutnya tidak lupa selepas Kongres PKR baru-baru ini, berkali-kali beliau meluahkan hasrat bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Bahkan menurut Amran, Azmin menzahirkan ucapan boleh bekerjasama dengan Rafizi demi menguatkan parti.

Sehubungan itu ujarnya, pelantikan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dipertikaikan seandainya beliau ikhlas dan jujur demi kepentingan dan masa depan parti.

Amran menyifatkan pelantikan dibuat Presiden di Ibu Pejabat Parti petang 28 Disember adalah mengikut peraturan parti.

“Kita tidak mahu pemimpin yang bercakap lain semasa Kongres dan meluahkan ucapan yang lain pula selepas selesai Kongres,” ujar Amran dipetik berkata.

Menurut Amran, tiada siapa dapat mempertikaikan apabila Presiden melantik mereka yang sering bersama Azmin semasa pemilihan yang lalu.

Anwar turut melantik mereka yang dekat dengan Azmin semasa pemilihan parti.

Justeru, Amran meminta semua pimpinan tertinggi parti termasuk di peringkat negeri, cabang dan ranting membuang segala persepsi dan prejudis buruk masing-masing. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru