Tuesday, August 16, 2022

Selepas dapat 82 undi PRK Port Dickson, Saiful masih belum diam “usik” Anwar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, 33, nampaknya masih belum diam.

Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang hanya mendapat 82 undi itu mempersoalkan program Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim pada PRK itu.

Saiful bertanya jika tajaan “sebuah syarikat” kepada Anwar sudah diisytihar dalam laporan kewangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Adakah sumbangan lima program itu diisytihar dalam laporan kewangan calon pada SPR?,” tanya Saiful di akaun media sosialnya di Facebook.

“Perlu ingat, jumlah yang dibenarkan untuk seorang calon berkempen tidak melebihi RM200,000. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika tidak isytihar pada SPR dan berbelanja melebihi had yang dibenarkan,” ujar Saiful.

Saiful pernah bekerja di pejabat Anwar sehingga timbul kes liwat 2008.

Akhbar nasional sebelum ini melaporkan pemilik “syarikat tersebut” sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak cuba memfitnahnya.

Pemilik syarikat itu mengakui syarikatnya menaja program Anwar Ibrahim ketika PRK Port Dickson.

Selain Saiful sebagai calon Bebas dan Anwar PKR, empat lagi calon berentap pada PRK tersebut ialah calon Pas Lt.

Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta calon Bebas lain termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru