Sunday, November 27, 2022

Operasi cari kanak-kanak OKU jatuh ke sungai di Kabong ditangguh

Secara Rawak

KABONG: Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak OKU yang jatuh ke sungai di Jambatan Pengkalan Perahu Tambang pada Ahad lalu ditangguhkan sehingga ada penemuan baru mangsa.

Komander Operasi, Nazri Mohamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan seawal jam 7.00 pagi tadi untuk hari yang ketujuh.

“Namun, sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

“Hasil perbincangan dengan ADUN N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir bersama-sama Pegawai Daerah Kabong, Kamaruddin Alkab, Guru Besar SK Abang Leman, keluarga mangsa serta agensi-agensi penyelamat yang lain telah bersetuju untuk menangguhkan Operasi SAR,”ujarnya.

Bagaimanapun, operasi SAR akan disambung semula sekiranya ada penemuan-penemuan baru kedudukan atau jejak mangsa yang hilang.

“Operasi pada hari ini ditangguh pada jam 12.30 tengah hari tadi,”katanya.

Ahad lalu, seorang kanak-kanak OKU, Nur Syahadah Fatihah Imam,10 tahun didapati jatuh ke sungai di jambatan pangkalan perahu tambang Kabong sekitar jam 10.15 malam. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru