Tuesday, June 28, 2022

Operasi cari dan selamatkan remaja India jatuh kapal disambung esok

Secara Rawak

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki warganegara India yang jatuh dari kapal di Kapal Rejang Tanjung Kunyit disambung esok.

Komander Operasi, Abdul Malik Chi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam hari ini diteruskan seawal jam 8.25 pagi tadi dengan menggunakan kaedah “water surface searching” dan dimulakan di sekitar lokasi mangsa dikatakan jatuh dan menyusuri sepanjang sungai Rajang.

“Radius pencarian adalah 15 kilometer dari Tanjung Kunyit.

“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih belum ditemui,”ujarnya.

Operasi SAR ditangguh pada jam 4.20 petang atas faktor hujan lebat ditempat kejadian dan akan disambung semula pada keesokan hari. –Sarawakvoice

Foto: Media sosial

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru