Sunday, November 27, 2022

Lelaki tuntut hutang di Sibu cedera diserang penghutang

Secara Rawak

SIBU: Gara-gara menuntut hutang, seorang lelaki, 47 tahun cedera selepas diserang oleh penghutang yang juga merupakan rakan karibnya awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superitenden Martin Koo, kejadian berlaku apabila mangsa meminta suspek untuk membayar hutang lama sebanyak RM40,000 kerana memerlukan duit untuk rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Samarahan, Kuching.

“Suspek telah berjumpa dengan mangsa berhampiran Bulatan Aman dan kemudian membawa mangsa ke hadapan sebuah sekolah sebelum bertindak menikam mangsa di bahagian dada kanan, pipi dan belakang kepala.

“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,”ujarnya.

Mangsa dan suspek dikatakan sudah berkenalan lebih kurang 30 tahun dan merupakan rakan karib.

“Bagaimanapun, suspek telah menyerah diri di Balai Polis Pusat Sibu dan akan direman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,”katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru