KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat 2018-2021 merekod sejarah apabila empat wakil dari Sarawak diangkat sebagai ahlinya di peringkat pusat.
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha dalam kenyataannya semalam mengumumkan pelantikan Voon Shiak Ni sebagai Naib Ketua Wanita.
Sebelum ini Norhanim Dato Mokhsein dinamakan sebagai Ketua Wanita Negeri Sarawak.
Dua lagi wakil dari Sarawak yang dipilih dalam saf Ahli Jawatankuasa Pimpinan Wanita Pusat sebelum ini ialah Catherine Jok Uvang dan Zulhaidah Suboh.
Dalam pengumuman semalam, Haniza turut menamakan empat Naib Ketua Wanita iaitu Datin Faizah Arifdin, Sangeta Jayakumar, Wasanthee Sinnasamy dan Juwairya Zulkifli.
Gan Pei Nei pula dilantik Setiausaha dan dibantu Sharifah Hazlina Syed Musa manakala Yogasywari Ramalu sebagai Bendahari.
Syarul Ema Rena Abu Samah dilantik Ketua Penerangan manakala Nurainie Haziqah Shafi’i dilantik Ketua Srikandi. –Sarawakvoice
