Monday, November 28, 2022

Tiga cedera kereta bertembung di Durin petang tadi

Secara Rawak

KANOWIT: Dua cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung berhampiran Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Durin dekat sini petang tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.09 petang dan melibatkan dua mangsa dari kenderaan Perodua Kelisa dan seorang mangsa dari Proton Saga.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya bertindak menghantar sebuah Atego dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor sejurus menerima panggilan.

“Turut membantu sebuah ambulans dari Hospital Sarikei.

“Setibanya di lokasi, didapati dua mangsa dari Perodua Kelisa telah berjaya dikeluarkan sebelum pihak bomba tiba.

“Manakala pemandu kereta Proton Saga dikeluarkan oleh pihak bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut,”ujarnya.

Operasi tamat sekitar jam 2.47 petang tadi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru