Tuesday, June 28, 2022

Seorang maut, 2 cedera apabila pemandu dan kelindan tercampak keluar dari lori di Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Seorang maut manakala dua lagi cedera apabila lori yang membawa muatan hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 44, Jalan Sri Aman-Serian ketika menuruni Bukit Begunan awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.40 pagi itu, pemandu dan dua kelindan lori tersebut dikatakan tercampak ke luar.

Sementara lori tersebut terjunam ke gaung sedalam lima meter.

Salah seorang kelindan, Mohamad Firdaus Jamuri, 27 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah.

Manakala pemandu lori, Robinson Bujang dan Edward Ricy Mat Jinggan dilaporkan cedera.

Difahamkan lori tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Sri Aman.

Menurut komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman, Jilin Itar, pihaknya telah mengeluarkan kesemua mangsa sebelum diberi rawatan awal.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut.

Dalam pada itu, ketika bantuan diberikan, tiba-tiba sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Sri Aman bergerak laju.

Bas yang membawa 39 orang penumpang itu dikatakan cuba mengelak kenderaan yang berada di hadapan, sebelum terbabas di bahu jalan.

Bagaimanapun kesemua penumpang dilaporkan selamat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru