Tuesday, August 16, 2022

RM5,000 rezeki daripada video pendek

Secara Rawak

KUCHING: Abang Azmi Reza Abang Abdul Rauf merangkul gelaran juara dengan membawa pulang wang tunai sejumlah RM5,000 bagi Kategori Profesional Pertandingan Video pendek Old Kuching Heritage dengan tajuk “The Old Kuching Heritage Trail”.

Pertandingan video tersebut terbuka kepada dua kategori utama iaitu Profesional dan Pelajar yang mana bertujuan untuk mempromosikan bandar raya Kuching sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan dunia.

Old Kuching Heritage terdiri daripada empat komponen iaitu Kampung Heritage, Waterfront Heritage, Business Heritage dan Heritage Trails.

Bagi tempat kedua dimenangi oleh Brendan Goh Chuan Lung dengan tajuk “Old Kuching Heritage” menerima wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Abdul Muliadi Abdul Mulluk dengan tajuk “Tudung Keringkam” menerima wang tunai sejumlah RM2,000.

Manakala, bagi Kategori Pelajar tempat pertama dimenangi oleh Vivian Wong Yu Yin dengan tajuk video “myKuching” yang menerima wang tunai berjumlah RM5,000.

Seterusnya, bagi tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Nurul Hikmah Begum Ali Sabri dengan tajuk “Banke at Carpenter Street, Kuching! (Old Kuching Heritage)” menerima wang tunai sejumlah RM3,000 dan Elizerbeth Patterson dengan tajuk “Kuching Waterfront Heritage” menerima sejumlah RM2,000.

Seramai 25 finalis terpilih dalam senarai akhir Pertandingan Video pendek Old Kuching Heritage yang bermula dari 28 September hingga 30 November lalu.

Para peserta bebas mengolah idea untuk menghasilkan video menarik berdasarkan empat komponen tersebut sebagai bahan untuk persembahan video yang berdurasi tidak lebih daripada tiga minit.

Kesemua 25 video yang telah dipilih telah dinilai oleh juri sebagai syarat untuk ke peringkat finalis.

Para pemenang pertandingan video ini bakal membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM23,500 dan kesemua video akan menjadi hak milik kerajaan Sarawak.

Bagi tujuh peserta yang lainnya akan membawa pulang sagu hati berupa wang tunai berjumlah RM500 bagi setiap seorang.. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru