Stor simpan barang runcit di Miri terbakar malam tadi

0
5

MIRI: Sebuah stor penyimpanan barang runcit dua tingkat terbakar malam tadi di Eastern Forever Sdn Bhd, Jalan Piasau Utara 2D, Lutong.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.40 malam tadi dan terus bertindak menghantar sebuah FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota yang diketuai oleh Roslan Jam dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Turut membantu sebuah FRT dan ambulans EMRS termasuk tangki air dengan kekuatan 12 anggota yang diketuai oleh Rorudi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan stor penyimpanan barang runcit dua tingkat telah terbakar 95 peratus,”ujarnya.

Bagaimanapun, jelasnya lagi, pihak bomba bertindak melakukan pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.26 tengah malam.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan mangsa.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.30 pagi tadi,”katanya. –Sarawakvoice