Tuesday, September 27, 2022

Polis Miri berjaya tangkap 25 suspek, dipercayai selesaikan 80 kes jenayah

Secara Rawak

MIRI: Polis Miri berjaya menangkap 25 tersangka terbabit dalam pelbagai kes jenayah di daerah ini dalam operasi yang dijalankan pada Nov-Dis.

Polis percaya dengan penangkapan itu, 80 kes jenayah dapat diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Miri berkata suspek berusia antara 11 hingga 52 tahun itu dipercayai antara lain terbabit dalam kes samun, pecah rumah,curi dan pecah cermin kereta.

“Banyak barang kes yang kita berjaya temui semula selepas suspek berjaya ditangkap,” kata ACP Lim Meng Seah.

“Saya menyeru kepada para pemilik yang mengalami kehilangan harga barang kes, boleh datang ke balai untuk buat pengecaman barang kepunyaan,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru