Tuesday, August 16, 2022

Naik taraf Jeti Tebingan Lundu bawah RTP Kerajaan Negeri

Secara Rawak

LUNDU: Di media sosial, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu memuat naik status berkaitan naik taraf Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) biayaan Kerajaan Negeri Sarawak di kawasan beliau.

Kemudahan Jeti Tebingan Lundu antara yang dinaik taraf bawah peruntukan RTP ini bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna dan pelancong selain memberi keselesaan kepada nelayan dan pemancing udang galah.

Antara inisiatif Jamilah menambah baik kemudahan di sini ialah dengan memasang pagar (railing) keselamatan sekeliling jeti dan memasang lampu.

Turut ditambah ialah pontun terapung bagi memberi kemudahan kepada pemilik bot mendarat.

Jalan masuk ke jeti turut diturap.

Di Facebook, Jamilah menulis: “Pesanan penting diminta jaga kebersihan di kawasan jeti ini untuk kemudahan bersama.” –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru