SIBU: Anda peminat muzik? Gemar akan suasana yang santai? Inilah waktulah ditunggu.

Satu festival akan dilangsungkan di Sibu Heritage Centre dimana terletaknya Sibu Street Music Festival berlangsung.

Program yang akan bermula pada 7.30 malam hingga 10.30 malam dan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad.

Program anjuran Pusat Khidmat P212 Sibu dengan kerjasama Kumpulan Komuniti Sibu ini menyaksikan beberapa artis tempatan dijemput untuk memeriahkan festival ini.

Antaranya Esther James, Kamelia, Brandon Wong dan banyak lagi artis dijemput untuk memeriahkan festival selama dua hari berturut-turut ini.

Para pengunjung tidak perlu risau kerana kemasukan ke festival ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran atau percuma. –Sarawakvoice