Monday, August 15, 2022

Lubang misteri putuskan laluan Kuching-Sri Aman

Secara Rawak

LACHAU: Paip logam bawah tanah di sekitar Lachau runtuh awal pagi tadi menyebabkan Jalan Sri Aman-Kuching terputus sejak awal pagi tadi.

Kejadian di Kilometer 53 itu menyebabkan satu lubang besar terbentuk yang turut mengakibatkan sebuah lori tersangkut ketika melalui jalan tersebut.

Menurut sumber, lubang sebesar dua meter itu turut mengakibatkan laluan tidak dapat dilalui dan jalan sesak kedua-dua arah sejak jam 6 pagi tadi.

Kejadian ini telah menghalang pergerakan lalu lintas dari kedua-dua arah.

Difahamkan pihak kontraktor telah berada di lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih termasuk mengalih laluan dalam kadar segera.

Pengguna jalan raya dinasihatkan berpatah balik memandangkan tiada jalan alternatif sementara menunggu laluan tersebut dibaik pulih.

Namun setakat ini, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru