Selamatkan Melayu daripada dijahanamkan dadah

0
13
Gambar hiasan

KUCHING: Selamatkan bangsa Melayu daripada terus menjadi mangsa dadah.

Amat sedih sekali apabila melihat bangsa Melayu adalah klien tertinggi yang menetap di Pusat Pemulihan Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kuching yang mana sejumlah 118 orang pada tahun ini berbanding 87 orang pada tahun lepas.

Untuk rekod, sehingga 17 Disember lepas seramai 76 telah berjaya ditangkap di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah manakala 77 lagi yang datang secara sukarela di bawah Seksyen 8(3)(a).

Antara dadah yang menjadi pilihan penagih di negeri ini adalah dadah jenis Syabu kerana ianya murah dan senang untuk didapati.

Statistik menunjukkan pada tahun 2018, pengambilan dadah jenis syabu adalah sebanyak 149 yang mana ianya meningkat berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 117.

Punca-punca berlakunya pengambilan dadah adalah pengaruh daripada kawan, ingin mencuba, tekanan serta keseronokan.

Bilangan remaja berumur lingkungan 22 hingga 29 tahun adalah tinggi dalam pengambilan dadah ini yang mana 80 daripada 153 orang daripada mereka adalah penganggur.

Jumlah keseluruhan kemasukan klien pada tahun 2018 adalah sebanyak 153 orang yang mana meningkat berbanding tahun 2017 dengan jumlah 126 orang.

Selain itu, bilangan pelajar sekolah menengah juga adalah tertinggi iaitu 109 orang pada tahun ini berbanding tahun lepas seramai 94 orang. –Sarawakvoice

Gambar hiasan