Lori 10 tan terbakar di Betong

0
8

BETONG: Lori 10 tan terbakar 70 peratus pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.38 pagi tadi.

“Sebuah FRT dan ambulans EMRS termasuk sebuah Hilux dengan kekuatan sembilan anggota yang diketuai oleh Sapuan Abu dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah lori 10 tan yang memuatkan batu telah terbakar di bahagian tayar dan merebak ke bahagian belakang kenderaan.

“Kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus kenderaan tersebut,”ujarnya.

Pihak bomba bertindak melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran bantu mula air dari tangki jentera.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Operasi tamat pada jam 9.23 pagi tadi,”katanya. –Sarawakvoice