Monday, November 28, 2022

Hari kelima pencarian pihak SAR sekadar kesan bau tapi tiada objek dijumpai

Secara Rawak

KABONG: Selain ibu bapa dan ahli keluarga terdekat, kemunculan Fatihah terus ditunggu dengan penuh harapan oleh ratusan penduduk yang berada di jeti petang ini tempat di mana mangsa dikatakan terjatuh pada Ahad.

Sepanjang berlangsung usaha mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kelima hari ini, pelbagai spekulasi timbul dan pelbagai andaian muncul mewarnai suasana.

Tengah hari tadi ada para para pencari terhidu bau sesuatu di kawasan tebing sungai.

Kewujudan bau tersebut menarik perhatian petugas SAR untuk mengesan lanjut kewujudan bau busuk tersebut. Namun apabila kawasan itu diredah dan digeledah pihak SAR tiada sebarang penemuan didapati di lokasi berkenaan.

Dan pada Jam 4. 45 petang tadi satu lagi perkhabaran diterima apabila pihak SAR dikatakan mengesan kewujudan bau busuk di kawasan muara Paloh.

Perkhabaran berkenaan terus menarik perhatian bot-bot petugas SAR bergerak ke kawasan itu bagi melakukan pencarian. Namun usaha berkenaan juga tidak membuahkan hasil apabila tidak ada mangsa ditemui di kawasan berkenaan.

Khabar dan berita angin yang tular dan disebarkan melalui perkongsian media sosial telah mengundang kehadiran ratusan penduduk memenuhi kawasan pangkalan bot di sini sini bagi mengetahui perkembangan sebenar operasi.

Ini kerana ada maklumat yang ditularkan memberitahu mangsa telah dijumpai.

Begitupun sehingga jam 6 petang mangsa masih belum ditemui.

Sedang bersama pihak SAR di muara sungai petang ini ialah Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.

Turut sama menanti di jeti ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir dan isteri Meryani Haji Yassin.

Pencarian hari kelima bermula seawal jam 7 pagi dengan melibatkan lebih ramai penduduk kampung.

Sehingga berita ini ditulis jam 6. 15 Nur Shahadah Fatihah Binti Iman, berumur 11 tahun dari Kampung Hilir Laut yang hilang dan dipercayai jatuh dari jeti, Pada Ahad (23 Disember) masih belum ditemui. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru