Tangki stesen minyak dijangka kering menjelang tahun baharu?

0
14
Foto: CARI Infonet

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) Datuk Abu Samah Bachik berkata, pengguna dikhuatiri berdepan masalah bekalan petrol dan diesel apabila tangki simpanan di stesen minyak dijangka kering 1 Januari 2019 ini.

Memetik laporan NSTP, situasi ini berpunca daripada pengusaha stesen minyak tidak mahu menambah simpanan pada harga mahal, tatkala perlu menjualnya pada harga murah menjelang awal tahun baharu.

Abu Samah berpendapat, keputusan kerajaan menggunakan semula apungan harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa 1 Januari ini dijangka mencetuskan kerugian kepada pengusaha.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan menyelaraskan harga runcit produk petroleum, termasuk RON95 kepada harga lebih rendah bermula 1 Januari ini.

Abu Samah dilaporkan media tersebut, kesal kerana kerajaan tidak menjemput mereka berunding sebelum membuat keputusan.

Abu Samah dilaporkan berkata langkah terbaik menggunakan penetapan harga bahan api di pasaran secara bulanan. –Sarawakvoice

Foto: CARI Infonet