Operasi cari warga India jatuh dari kapal di Sibu ditangguhkan

0
8

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang jatuh dari kapal di Kapal Rejang, Tanjung Kunyit ditangguhkan sekitar jam 5.30 petang tadi.

Komander Operasi Bomba, Mohd Adami berkata, seawal jam 7.20 pagi tadi sebuah Hilux dan bot dengan kekuatan tiga anggota telah digerakkan untuk operasi hari ini.

“Pencarian pada hari kedua ini adalah dengan menggunakan kaedah “water surface searching” yang mana ianya dimulakan disekitar lokasi di mana mangsa dikatakan jatuh.

“Radius pencarian sejauh 20 kilometer,”ujarnya.

Terdahulu, pada Ahad lalu rakan mangsa iaitu Kartik, 20 tahun warganegara India telah datang ke Balai Polis Lanang untuk membuat laporan polis yang mengatakan bahawa rakan sekerjanya, Vikash, 19 tahun telah terjatuh dari kapal yang sedang berlabuh di pelabuhan Tanjung Kunyit Sibu.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika mangsa hendak muntah di bahagian belakang kapal.

Sehubungan itu, pihak polis telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Sibu untuk memohon bantuan. –Sarawakvoice