Tuesday, June 28, 2022

Mordi Bimol ‘bengang’ kebebasan bersuara masih belum ditunaikan

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol semalam mengakui, seharusnya tiada lagi sekatan bersuara di Malaysia di bawah kerajaan baharu.

“Seharusnya berlaku revolusi media massa bagi membolehkan semua pihak bersuara tanpa sekatan.

“Malangnya, selepas pertukaran kerajaan baharu, kebebasan bersuara masih belum dapat dikuatkuasakan sekaligus memberikan implikasi negatif kepada anak muda,” katanya kepada pihak media.

Tegasnya, kerajaan harus berani menerima kritikan daripada mana-mana pihak bagi membuktikan kerajaan PH lebih terbuka.

“Inilah imej Malaysia baharu yang ingin saya ketengahkan bagi membolehkan semua pihak tidak mengira latar belakang politik dan kaum, bersuara di media massa.

Mordi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan sebelum menyertai dunia politik. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru