Tuesday, June 28, 2022

Setiausaha sulit Awang Tengah, Awangku Omar meninggal dunia kerana komplikasi jantung sebentar tadi

Secara Rawak

KUCHING: Setiausaha sulit kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Awangku Omar Pengiran Haji Jawa meninggal dunia sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Awangku Omar, 59 tahun, meninggal di Johor Baharu dipercayai selepas mengalami komplikasi jantung.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Kuching pada petang ini.

Allahyarham telah berkhidmat dengan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sejak awal penglibatannya dalam politik, dan menjadi pembantu setia beliau sejak sekian lama.

Beliau yang dikenali sebagai seorang yang peramah berada di Johor kerana bercuti. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru