TUDM giat promosi kerjaya dalam TUDM kepada bumiputera Sarawak, Sabah

0
12
Foto: Facebook

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat dalam udaha mempromosi kerjaya TUDM kepada golongan sasaran iaitu kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang semasa Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara siri 59/18 yang berlangsung semalam.

Katanya, TUDM pada masa kini menerima sambutan yang positif dari kalangan Bumiputera di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan ini membuktikan bahawa TUDM adalah antara kerjaya pilihan golongan belia di Malaysia.

“Namun, usaha dan fokus TUDM pada masa kini adalah tertumpu untuk mempromosi serta menarik minat golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berkhidmat dalam TUDM,”ujarnya.

Sehubungan itu, TUDM turut memperluas usaha mempromosi kerjaya ini menerusi pelaksanaan Hari Terbuka TUDM yang diadakan Oktober lepas di Pangkalan Udara Kuching.

“Usaha ini dilihat amat memberangsangkan dari kunjungan masyarakat tempatan ke tapak pameran kerjaya TUDM dan melihat sendiri pameran aset TUDM.

“Justeru, diharapkan agar lebih ramai lagi khususnya golongan Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk menyertai TUDM.

“Kemasukkan sesi baru Perajurit Muda Udara akan berlangsung pada 5 Januari depan,”katanya. –Sarawakvoice

Foto: Facebook / Gambar fail