Rumah terbakar di Semariang, lima sekeluarga terselamat

0
7

KUCHING: Lima sekeluarga terselamat apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Lorong Cenderawasih 4, Jalan Semariang malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, sejurus menerima panggilan sekitar jam 9.05 malam, sebuah jentera bomba dan ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota yang diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

“Turut membantu sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal seluas 40 x 25 kaki persegi, yang telah terbakar 60 peratus,”ujarnya.

Ketika berita ini ditulis, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan pihak bomba masih menjalankan operasi pemadaman. –Sarawakvoice