Lori 10 tan berlanggar dengan kereta suami isteri di Limbang

0
16
Balai Bomba dan Penyelamat Limbang

LIMBANG: Sepasang suami isteri terlibat dalam satu insiden kemalangan jalan raya di Jalan Kubong tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.46 tengah hari tadi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sebuah FRT dengan kekuatan lapan anggota yang diketuai Komander Operasi, Zakaria Matnor diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori muatan tanah 10 tan berlanggar bahagian sisi dengan sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu sepasang suami isteri,”ujarnya.

Kata Ling Hii, kemalangan tersebut menyebabkan penumpang kereta Nissan Almera tersepit.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.

“Pemandu kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Limbang dengan menggunakan ambulans hospital,”jelasnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.20 petang tadi. –Sarawakvoice

Foto: Page Balai Bomba dan Penyelamat Limbang