5 buah rumah terbakar di Bintulu awal pagi tadi Asmah

0
5

BINTULU: Lima buah rumah terbakar 100 peratus di RPR Sibiew, Bintulu awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.02 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sebuah FRT dengan kekuatan tujuh anggota yang diketuai oleh Zulkifli Narawei dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Turut membantu ialah dua anggota polis dan tiga kakitangan Sesco.

“Setibanya di lokasi, didapati enam buah rumah jenis struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus dan hanya sebuah rumah sahaja terbakar 80 peratus,”ujarnya.

Sehubungan itu, pihak bomba bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba.

“Api berjaya dikawal sekitar jam 3.29 pagi dan kerja-kerja “overhoul” masih dijalankan.

“Maklumat awal mendapati, empat buah rumah tidak berpenghuni manakala dua buah rumah masing-masing mempunyai penghuni seramai lima dan tiga orang,”jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan. –Sarawakvoice