Tuesday, September 27, 2022

Pasar raya sesak, masyarakat Sibu lakukan persiapan saat akhir menjelang Hari Natal

Secara Rawak

SIBU: Sesak ! Itulah gambaran yang dapat digambarkan oleh kami. Hal ini kerana, masyarakat Sibu sibuk melakukan persiapan saat akhir menjelang tibanya Hari Natal.

Hasil tinjauan kami di Sarawak Voice, masyarakat Sibu mula memenuhi pasar raya Star Mega Mall sejak petang semalam, hal ini kerana, mereka menggunakan saat hujung minggu untuk bersama keluarga untuk membeli belah .

Tambahan pula, waktu hujung minggu telah menjadikan pasar raya ini sesak dan waktu hujung minggu ini juga digunakan untuk keluarga untuk beriadah bersama keluarga masing-masing.

Wartawan Sarawak Voice sempat menemuramah beberapa orang untuk bertanyakan persiapan menjelang Hari Natal.

Francis, 26 tahun, seorang pekerja swasta, berkata , ” persiapan kali ini dilakukan secara sederhana . Hal ini kerana, tidak apa yang perlu dimeriahkan sangat, yang penting kita mesti ingat tujuan asal mengapa kita menyambut Hari Natal.”

Lucas Wong , 46 tahun , bekerja sendiri, berkata , ” saya pula akan menyambut bersama ibu dan bapa saya, kita akan sekali di rumah mereka, dan kami akan menyambut secara sederhana sahaja.”

Mark Thomas, 62 tahun, seorang pesara, berkata, ” saya akan sambut di Kuala Lumpur bersama anak-anak saya, saya disinipun untuk membeli sedikit barangan untuk dibawa ke Kuala Lumpur.”

Tambah Mark, ” saya tidak boleh memberi komen mengenai persiapan Hari Natal, kerana segala persiapan anak-anak saya yang lakukan. Jika untuk aspek saya, saya akan sambut secara sederhana, kerana, kita berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tambahan pula, saya seorang pesara , maka sambutan secara sederhana, saya akan lakukan.”

Stephanie Wong, seorang penjawat awam ,  41 tahun berkata, ” saya baru sahaja tiba di Sibu dari Miri, dan disebabkan kesibukan kerja telah menyebabkan saya tidak merancang untuk menyambut secara meriah.”

Tambah Stephanie lagi, ” harga barang tidak menentu, ada naik , ada turun, juga menyebabkan saya akan menyambut Hari Natal ini secara sederhana sahaja. Kita perlu berjimat, tambahan lagi seminggu selepas itu, sesi persekolahan akan bermula, saya perlu beli barangan persekolahan anak-anak lagi.” –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru