Monday, August 15, 2022

Kereta terlipat selepas rempuh pokok di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Sekurang-kurangnya dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 10.20 pagi, mangsa Maliena Tubun, 26 tahun dan Tropimus Tamason Tubun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi mangsa, Syahfiqee Meliana, 6 tahun, cedera ringan dan berjaya keluar sendiri selepas kemalangan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok.

Akibat rempuhan itu, pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan mengalami kecederaan parah.

“Terdapat dua mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan di lokasi kejadian,”kata Ling Hii.

Pihak berjaya bomba mengeluarkan mangsa namun mangsa yang dipercayai adik beradik itu telah meninggal dunia.

Kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu turut mengesahkan kes tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru