SIBU: Program gunting rambut percuma akan diadakan pada 30 Disember ini bersempena dengan sesi persekolahan 2019 akan bermula tahun hadapan.

Program ini bakal berlangsung di tujuh buah lokasi dimana ketujuh-tujuh lokasi tersebut terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Tempat-tempat tersebut ialah Pejabat PBB Pelawan, Jalan Bandong, Dewan Kampung Jeriah, Dewan Masyarakat Teku, Taman Selera Harmoni, Rumah Asing, Rumah Dick dan Rumah Dindang.

Program ini akan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Nangka dengan kerjasama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sibu. –Sarawakvoice