NOVA SCOTIA: Seekor kucing bernama Baloo secara tidak sengaja memasuki kotak lama lalu dipos sejauh 1,126 kilometer merentasi Kanada.

Baloo dari Nova Scotia akhirnya sesat jauh ke Montreal.

Jacqueline Lake, pemilik Baloo memberitahu CTV bahawa dia mengetuk rumah orang dari pintu ke pintu, termasuk mencari di hutan, bawah dek, garaj dan bawah tangga, mencari kehilangan kucing kesayangannya itu.

“Pengembaraan” Baloo itu bagaimanapun disedari selepas pemandu syarikat penghantaran berasa hairan kerana terdapat kesan air kencing kucing di dalam traknya.

Metro UK melaporkan, Baloo dikatakan terperangkap di dalam kotak tersebut sepanjang 17 jam perjalanan 6 Disember lalu.

Baloo bagaimanapun, akhirnya selamat dihantar semula ke rumah pemiliknya Lake. –Sarawakvoice