Sunday, September 25, 2022

Anwar: Rakyat sentiasa memerhati kita, perbalahan terbuka perlu dihentikan

Secara Rawak

Saya mengamati beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mutakhir ini, termasuk dari Parti Keadilan Rakyat.

Dalam suasana sedia ada, memahami keadaan kos sara hidup yang terus membelenggu rakyat, saya menggesa agar semua pemimpin Pakatan Harapan memberikan tumpuan khusus ke arah menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keselesaan rakyat.

Pemimpin-pemimpin perlu meredakan suasana dan mengelak dari kenyataan-kenyataan negatif.

Perbalahan terbuka sama ada di antara atau di dalam parti perlu dihentikan segera. Pada masa yang sama, saya gesa agar muafakat Pakatan Harapan diperkukuh melalui saluran parti.

Rakyat sentiasa memerhati kita, dan kita punyai ruang dan peluang yang sedikit sahaja untuk membuktikan Pakatan Harapan benar-benar mampu merubah nasib rakyat dan negara.

Kenyataan media Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru