SIBU: Seramai 40 pelajar cemerlang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka diraikan dalam satu majlis pada pagi tadi.

Majlis yang berlangsung di University College Of Technology Sarawak (UCTS) dan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi , Dr Annuar Rapaee menyampaikan anugerah tersebut .

Majlis itu bertujuan untuk meraikan pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) dari DUN Nangka yang berjaya mendapat 6A dan 5A dalam peperiksaan UPSR 2018 yang lalu.

Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Nangka turut berkongsi aktiviti ini di catatan terbaharu Facebooknya.

“Meraikan pelajar UPSR yang mendapat 6A dan 5A di DUN Nangka bersama guru dan ibubapa. Seramai 40 pelajar cemerlang yang di adakan di Dewan UCTS. Tahniah! ,” ujarnya seperti catatan Facebooknya. –Sarawakvoice