Tuesday, September 27, 2022

Wajah baharu Bernama.com lebih segar setelah dua dekad

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Portal rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, www.bernama.com kini berwajah baharu dengan kandungan dan imej yang lebih segar.

Laman web ini dirasmikan oleh Ketua Pengarang merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bernama di tingkat 10, Wisma BERNAMA hari ini.

Portal ini menawarkan pelbagai kaedah publisiti seperti pengiklanan secara online, laman web promosi, temu bual eksklusif dan laporan khas, pembangunan laman web, penyelenggaraan serta pembangunan berita dan web dan rakaman untuk webtv.

Kepelbagaian bahasa yang diguna di Bernama.com iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Arab dan Sepanyol menjadikan portal ini sebagai medium promosi yang sangat efektif.

Sejak diperkenalkan pada Julai 1998 sehingga kini, portal ini yang mencatat hampir 10 juta pengunjung setiap bulan, masih menjadi pilihan pengunjung untuk kesahihan sesuatu berita selama dua dekad.

PERLUASKAN JARINGAN

Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Berita Negeri (State News) yang diberi keutamaan untuk memperluaskan jaringan pengunjung dari setiap negeri.

Ruangan Terbaharu (Just In) memaparkan berita paling terkini disiarkan sejurus dihantar oleh editor Bernama.

Manakala ruangan Video Tontonan Tertinggi (Most Viewed Videos) diwujudkan untuk memaparkan video yang paling menarik dan kerap ditonton oleh pengunjung.

Laman Mikro seperti Perbankan & Kewangan, Kesihatan, Hartanah, Belia, eBiz, Berita Ringkas@7 diperkasakan dengan paparan terus di muka hadapan.

Selain itu, laman web ini juga lebih responsif. Paparannya berubah secara automatik mengikut kesesuaian peranti yang digunakan seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Portal Bernama ini boleh dilayari melalui www.bernama.com. Maklumat lanjut tentang Bernama.com dan perkhidmatannya boleh didapati dengan menghubungi talian 03-20504477 atau terus emel ke portal@bernama.com.–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru