Kini 59 kawasan di Sarawak dilanda rabies

0
3

KUCHING: Satu lagi kawasan telah disahkan rabies oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kawasan tersebut ialah Salcra Roban South, Saratok.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kawasan yang dilanda wabak rabies ialah sebanyak 59 kawasan.

“Kawasan ini berada pada jarak 10 kilometer radius dari kawasan yang telah diisytihar wabak rabies,”katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menasihatkan orang ramai untuk tidak membiarkan anjing peliharaan mereka lepas bebas atau membawa keluar anjing dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Veterinar Negeri.

“Jika terdapat sebarang kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya di bawah Seksyen 37 (2)&(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,”ujarnya. –Sarawakvoice