Friday, October 7, 2022

Betulkah Dap sanggup tinggalkan PH?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sanggupkah Dap meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sekarang ini memerintah Malaysia?

Jika ya, kenapa pula Dap sanggup tinggalkan PH?

Memetik kenyataan Penasihat Dap Lim Kit Siang di blognya beliau berkata, pemimpin Dap tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Menurut beliau, Dap juga tidak teragak-agak meninggalkan PH jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.

Kit Siang berpendapat pemimpin Dap dalam kerajaan memain peranan penting membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya dari kegagalan serta mengamalkan demokrasi olok-olok.

“Pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,” katanya dalam kenyataan media yang turut terbit di blognya pada Khamis

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyifatkan Dap parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia, dan bukan monoetnik seperti MCA.

Kit Siang mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila masyarakat melihat Dap seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru