SIBU: Naib Canselor University College Of Technology Sarawak (UCTS), Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid menzahirkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang banyak membantu UCTS untuk menarik pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di sini.

Khairuddin yang berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran UCTS di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

Khairuddin berkata, “majlis makan malam ini dilakukan untuk menghargai jasa kepada sesiapa sahaja yang banyak membantu UCTS untuk menarik pelajar supaya melanjutkan pelajaran di UCTS.”

“Sudah tentu jutaan terima kasih ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS, Datuk Sri Wong Soon Koh yang sentiasa bekerja keras untuk memartabatkan nama UCTS ,” katanya.

Ujarnya lagi, ” Datuk Sri Wong Soon Koh juga menjadi pencetus penubuhan UCTS, kalau tidak kerana idea ini, mungkin UCTS tidak akan tertubuh.”

Tambah Khairuddin, ” ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Majlis Pembandaran Sibu (MPS) yang banyak membantu untuk menarik pelajar supaya melanjutkan pelajaran di UCTS.”

“Dengan kerjasama MPS dengan negara luar melalui “sister of city” , UCTS berjaya mendapat lebih kurang 30 orang pelajar antarabangsa, dan 30 orang tersebut merupakan hasil daripada lawatan kami ke China pada September lepas,” ujar nya.

Khairuddin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Imigresen Sarawak, khususnya Jabatan Imigresen Sibu yang banyak memudahkan urusan bakal pelajar atau para pelajar UCTS dari segi urusan membuat passport.

Ujar Khairuddin lagi, ” tanpa kerjasama erat daripada Jabatan Imigresen , para pelajar UCTS mungkin menghadapi kesukaran untuk menguruskan urusan passport.”

Khairuddin juga berterima kasih kepada para media dimana media lah banyak memainkan peranan untuk mempromosikan UCTS di medium yang mereka ada sama ada media cetak ataupun media elektronik.

Majlis makan malam itu juga dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E Dagang, Datuk Sri Wong Soon Koh selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS, Pengerusi Majlis Pembandaran Sibu, Datuk Tiong Thai King, Pihak Jabatan Imigresen Sibu, dan para media. –Sarawakvoice