Monday, August 8, 2022

Doktor HUS berkhidmat sehingga ke akhir nyawa

Secara Rawak

KUCHING: Perjuangan seorang doktor dalam khidmat perubatan sejak lima tahun lalu berakhir apabila ditemui mati di dalam kereta di kawasan parkir kenderaan Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Arif Husaini Abdul Rahim ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4 petang.

Allahyarham yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan UD48 di Jabatan Kecemasan HUS bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pihak hospital.

“Dr Arif berasal dari Selangor dan telah bertugas di Kuching selama 5 tahun,” kata kenyataan itu.

Menurut sumber Allahyarham sepatutnya bertugas pada syif petang semalam namun tidak hadir ke hospital seperti biasa.

Cubaan untuk menghubunginya turut gagal.

Usaha pihak hospital akhirnya berhasil apabila menjumpai mangsa berada di dalam kenderaan yang diletak di kawasan parkir.

Difahamkan Allahyarham pernah mengadu tidak berapa sihat sehari sebelum dia ditemui mati.

Jenazah mangsa telah diterbangkan ke Selangor pada jam 7 pagi tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan pada malam Selasa. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru