7 cedera dalam kemalangan di Sri Aman

0
11

SRI AMAN: Tujuh cedera dalam satu insiden kemalangan yang melibatkan sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda di depan Pejabat Naim Gamuda Temudok pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.25 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sebuah FRT dan ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota yang diketuai oleh Chimiam Duyu dari Balai Bomba Penyelamat Sri Aman diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.

“Turut membantu anggota polis dan ERT Gamuda.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Triton telah bertembung dari arah bertentangan dengan sebuah van jenis Hiace,”ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan sebelum pihak bomba sampai.

“Pihak bomba menjalankan kerja-kerja “flushing” di kawasan sekitar.

“Empat mangsa telah dihantar dengan menggunakan EMRS Sri Aman manakala dua lagi mangsa dihantar menggunakan Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.

“Sementara itu, mangsa daripada kenderaan pacuan empat roda telah dihantar oleh orang awam ke Hospital Sri Aman,”

Operasi tamat pada jam 9.20 pagi tadi. –Sarawakvoice