TAMPARAN hebat buat Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA) apabila dua pasukan, Kuching dan Kapit tidak turut serta dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Sarawak ADAP40RTY.
Ia berikutan penarikan diri kedua-dua pasukan itu saat akhir ekoran masalah yang tidak dapat dielak.

Ia sekali gus menyaksikan hanya 13 pasukan yang berentap untuk memburu kejuaraan bagi kejohanan terbabit.

Pengerusi Kejohanan, Mehdi Yahya memberitahu pihaknya dimaklumkan wakil kedua-dua pasukan (Kuching & Kapit) berhubung penarikan diri dari menyertai kejohanan itu.

“Hanya 13 pasukan sahaja yang beradu nasib untuk memburu kejuaraan pada kejohanan yang akan berlangsung di Bintulu bermula dari 27-31 Disember ini,” ujar Mehdi.

Sambil menyatakan pasukan yang bertanding kelak ialah Samarahan, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di samping dua ahli gabungan bersekutu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM selain pasukan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan pasukan Bawah 20 Bintulu.

Kejohanan ini dianjur oleh BIFA dengan kerjasama badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Tegas Mehdi, empat gelanggang diguna pakai sepanjang berlangsung kejohanan itu kelak antaranya Stadium Mini Bintulu, Padang Sintetik, Dewan Suarah Bintulu.

Manakala, dua lagi gelanggang ialah Padang A dan C Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu.

Yang pasti, tarikh kejohanan (27-31 Disember) yang kurang sesuai menyebabkan penarikan diri beberapa pasukan. –Sarawakvoice