Monday, August 15, 2022

Warga Jepun 90 jam tanggung derita terjatuh dari Gunung Mulu

Secara Rawak

MIRI: Lebih 90 jam menanggung derita, akhirnya seorang warganegara Jepun berjaya diselamatkan selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Tiong Ling Hii berkata mangsa, Akihiro Noda, 25 tahun telah dihantar ke Hospital Miri pada jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa sebelum itu dibawa turun dari gunung tersebut menggunakan helikopter dari Pasukan Unit Udara Bomba.

Katanya, mengalami kecederaan punggung dan tulang rusuk.

Pada Ahad lalu, Akihiro dilaporkan terjatuh ke melakukan pendakian di Gunung Mulu sehingga menyebabkan keretakan di bahagian punggungnya.

Bagaimanapun operasi menyelamatkan mangsa yang berada di Camp 4 Gunung Mulu pada ketinggian 1,820 meter dari paras laut tidak dapat dilakukan kerana faktor cuaca.

“Unit Udara Bomba telah dimaklumkan dan operasi menyelamat mangsa akan dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca di lokasi.

“Kejadian dikatakan berlaku pada jam 9 malam pada Sabtu, di mana mangsa menunjukkan tindakan balas tidak dapat bergerak dengan kecederaan sedemikian dan memerlukan bantuan melalui udara untuk membawa mangsa ke bawah.

“Kumpulan tersebut terdiri daripada dua orang warganegara Jepun yang merupakan pengkaji, dan tiga orang porter,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru