Tuesday, September 27, 2022

Polis tahan 85 orang dalam serbuan di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Tiga premis di daerah Bintulu diserbu pihak polis semalam dalam satu operasi Ops Tapis Khas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif, bertindak atas maklumat dan risikan yang telah dijalankan pada 16 Disember lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) IPK Sarawak dengan kekuatan enam pegawai dan 23 anggota telah membuat tiga serbuan di sekitar daerah Bintulu.

“Premis tersebut ialah 1st Floor Jalan Abang Galau Medan Sepadu, Bangunan Saga Sonic Jalan Masjid dan 1st Floor Temple Street.

“Dalam operasi ini, seramai 85 orang telah ditahan yang mana 42 orang telah dibebaskan setelah saringan awal air kencing mendapati mereka negatif dadah.

“Manakala, 43 orang lagi telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952,”ujarnya.

Seramai tiga orang akan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 40 orang lagi akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dadah jenis syabu seberat 0.95 gram berjaya dirampas dengan anggaran nilai RM150.

“Kesemua saspek telah ditahan di lokap IPD Bintulu untuk siasatan selanjutnya,”katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru