Tuesday, August 16, 2022

Donggala, Sulawesi digoncang gempa lagi semalam

Secara Rawak

JAKARTA: Gempa bumi sekuat 4.0 pada Skala Richter menggoncang daerah Donggala, Sulawesi Tengah sekitar 12 tengah hari semalam, Isnin, 17 Disember.

Memetik laporan laman rasmi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika pusat gempa terletak 11 kilometer di darat Timur Donggala dengan kedalaman 10 kilometer.

Badan meteorologi mengesahkan gempa tersebut tidak berpotensi menghasilkan tsunami.

Pada tragedi hujung September lepas, berlaku gempa bumi 7.7 pada Skala Ritcher menghasilkan tsunami di Palu dan Donggala.

Dalam tragedi tersebut, lumpur atau likuifaksi menyumbang pada sebahagian besar kematian lebih 2,000 jiwa dengan ramai dilaporkan hilang termasuk sekitar 65,000 rumah ditelan lumpur. –

Laporan media Indonesia menyebut, semasa berlaku gempa, muncul lumpur dalam jumlah yang besar dikenali sebagai “likuifaksi” — lumpur yang keluar dari permukaan tanah akibat goncangan sedimen yang mencair.

Laporan menyebut sekitar 744 unit rumah dikenal pasti tertimbun oleh lumpur hitam ini.
Ketika laporan media Indonesia menyebut sekitar 1,000 orang masih tertimbus di bawah tanah, bantuan masih sukar sampai kepada beberapa tempat insiden kerana jalan darat sukar diakses. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru